Salam buat semua khalifah-khalifah yang memakmurkan bumi ini

Adapun blog ini diwujudkan sedemikian rupanya adalah sebagai wadah untuk saya berkongsi ilmu bersama rakan taulan serata dunia. Namun blog ini secara khususnya lebih banyak membicarakan tentang ulasan buku2 Islami, dunia Islam, dunia pengembaraan, dunia motosikal dan isu semasa sesuaian dengan kecenderungan penulis.

The blog was created so apparently is the place to share my knowledge with friends around the world. But this blog is more specifically talking about a book review of Islam, the Islamic world, world travel, the world of motorcycles and the compliance issues with the tendency of the author.

Isnin, 11 April 2011

Ulasan Buku: Yakjuj & Makjuj


Sinopsis:
Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna. 
Buku tulisan Muhammad Alexander ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.
Ulasan:
Agak mengecewakan setelah saya menghabiskan buku yang sering disebut2  kehebatannya ini. Tambahan pula buku ini gah jualannya di pasaran Indonesia dan Malaysia.  Ini mungkin saya telah membaca buku Alexander Adalah Zulkarnain (AAZ) tulisan penulis yang sama terlebih dahulu. Ada sedikit bias sebab buku Yakjuj & Makjuj ini diterbitkan terlebih dahulu dari AAZ.
Buku ini kurang menarik sebab terlalu banyak sejarah dari kitab2 kuno dan ada juga dari Al Quran. Isinya agak membosankan dan ayat berulang-ulang. Berbanding dgn buku AAZ yang lebih menarik fakta isinya yang dikaitkan dgn peta geografi hari ini serta ilustrasi yang menarik. Bagi saya kalau sudah membaca buku AAZ pun sudah cukup lengkap kerana kisah Yakjuj dan Makjuj pun telah diterangkan dgn mendalam tanpa perlu membaca buku ini.
Namun saya tidak rugi  kerana saya telah baca buku yang ramai orang sebut2.
Rating: 3/5

1 ulasan:

  1. Salam,

    Setelah suku buku saya membaca buku ini, ternyata ia amat membosankan kerana catatan2 yang diambil dari kitab2 kuno.. Adakalanya saya tak faham isi kandungan tersebut. So saya rasa malas nak habiskan pembacaan buku ini. Ada lagi buku lain dari penulis yang sama yg belum saya sentuh.. seperti AAZ dan ... (terlupa judul)

    BalasPadam