Salam buat semua khalifah-khalifah yang memakmurkan bumi ini

Adapun blog ini diwujudkan sedemikian rupanya adalah sebagai wadah untuk saya berkongsi ilmu bersama rakan taulan serata dunia. Namun blog ini secara khususnya lebih banyak membicarakan tentang ulasan buku2 Islami, dunia Islam, dunia pengembaraan, dunia motosikal dan isu semasa sesuaian dengan kecenderungan penulis.

The blog was created so apparently is the place to share my knowledge with friends around the world. But this blog is more specifically talking about a book review of Islam, the Islamic world, world travel, the world of motorcycles and the compliance issues with the tendency of the author.

Rabu, 30 Mac 2011

001 ULASAN BUKU: NEGERI 5 MENARA

Nama buku: Negeri 5 Menara
Penulis: A. Fuadi (Indonesia)
Bil muka surat: 488

Ulasan: Saya mendapat tahu melalui FB bahawa buku dari negara jiran ini bagus.Namun bagus yang bagaimana? Saya tidak kesempatan membaca sinopsisnya melalui website. Sibuk barangkali. Maka saya meminjam buku ini dari Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Sebelum membacanya, saya tidak tahu apa sebenarnya negeri 5 menara itu. Adakah pengalaman penulis travelog ke Eropah? atau ke negara Arab atau apa negara sebenarnya negeri 5 menara itu. Atas sifat ingin tahu itulah saya membaca buku ini.

Selesai membacanya saya terus beri buku ini 5 star ( 5 over 5). sebabnya:

1.   Buku ini bertemakan isu PENDIDIKAN. Bukan cinta 3 segi mahupun cerita hantu. Kisahnya tentang penulis yang bernama Alif berasal dari Padang, Sumatera Barat yang mulanya berkonflik mahu ke sekolah SMA akhirnya  atas paksaan ibunya melanjutkan pelajaran di sekolah Pondok Madani di Jawa Timur. Dari segi idea saya rasa Lansykar Pelangi lebih kreatif namun buku ini ada keistimewaannya dari segi bahasa yang baik dan jalan cerita yang mengkagumkan. Isu sekolah pondok betul2 diangkat dalam buku ini. 

2. Jika selalunya sekolah pondok (terutama di Malaysia) dianggap ketinggalan, buruk, daif dan low class namun buku ini memaparkan Pondok Madani yang moden, besar 15 hektar dengan 3000 pelajar, dan hanya dibenarkan bertutur bahasa Arab dan Inggeris,Disamping wajib berpidato dan disiplin yang ketat. Hebat bukan?

3. Buku ini ada babak2 luar dari kebiasaan (bukan stereotype), contohnya 6 sekawan ini selalu berjumpa  dan bermesyuarat di bawah menara masjid (tagline buku ini), pelajar menulis surat ke serata dunia mohon dikirim buku2 percuma, kisah menonton tv  perlawanan badminton Malaysia vs Indonesia yang kali pertama di situ yg sebelumnya TV tidak dibenarkan menonton, kisah pelajar wajib berpidato bahasa arab dan inggeris, kisah Kiyai yang hebat bermain bolasepak, kisah didenda walaupun hanya lewat 5 minit dan beberapa lagi bab yang saya tak sempat nukilankan. Dan seperti kebiasaannya terselit juga kisah cinta ( Alif mengorat anak dara Kiyai yang tinggal di Pondok itu)

Bagi yang dahulunya pernah tinggal di asrama semasa bersekolah menengah, rasanya buku ini wajar dibaca untuk mengimbau kenangan lalu.
Kesimpulannya: buku ini telah sedikit sebanyak mengubah persepsi orang ramai tentang sekolah pondok dan menanamkan sikap menuntut ilmu kepada pembaca. Syabas A. Fuadi!!

                     Inilah Sekolah Modern Gontor (Pondok Madani) yang diceritakan dalam buku ini

                                Dewan di Pondok Madani yang boleh memuatkan 3000 orang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan