Tema fitnah manusia seringkali menjadi pilihan buku2 dan filem2. Malah di dalam Al Quran pun dinyatakan kisah Nabi Yusuf yang dipenjara kerana difitnah. Kisah Melayu dulu kala seperti Mahsuri, Hang Tuah dan banyak lagi juga bertemakan fitnah. Namun realitinya, masyarakat Melayu masih lagi termakan fitnah. Sudah tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang fitnah. Inilah akibatnya bilamana asas rujukan diambil selain Al Quran dan Hadis. Rujuklah Ahli Agama dan Ulamak jika tidak tahu. Ulamak pewaris Nabi. Ulamak sinar kebenaran.
Buku Ayat-Ayat Cinta ini ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy pada tahun 2003. Benarkah beliau mendapat idea menulis novel yang hebat ini terutama bab fitnah daripada suasana Malaysia ketika itu? cuba kita hayati ayat2 yang digunakan oleh penulis seperti di bawah ini.
"Tindakan bodoh! Di mahkamah kau akan kalah! kau akan dihukum gantung! Lebih dari itu kau akan masuk surat khabar! kau akan diherdik oleh orang ramai sebagai seorang perogol! kenapa kau tidak memilih mengakuinya.." m/s 371
"Jika mahkamah ini akhirnya memenangkan seorang penfitnah maka kelak di hari kemudian seorang pemfitnah akan dibinasakan oleh keadilan Tuhan" m/s 468
" Tuan Hakim dan hadirin sekalian. Selamanya kebenaran akan menang. Jika tidak di mahkamah dunia maka kelak di mahkamah akhirat. Selamanya rekaan manusia tiada ertinya apa-apa dibandingkan kekuasaan Tuhan."m/s 471
" Dalam mahkamah Mesir seringkali terjadi hal hal yang tidak masuk akal. Adanya saksi seorang lelaki yang hobinya berburu burung hantu adalah suatu yang ganjil. Dan sejak bila di atas atap apartmen di Hadayek Helwan itu ada burung hantu?" m/s 424
Tiada ulasan:
Catat Ulasan