Salam buat semua khalifah-khalifah yang memakmurkan bumi ini

Adapun blog ini diwujudkan sedemikian rupanya adalah sebagai wadah untuk saya berkongsi ilmu bersama rakan taulan serata dunia. Namun blog ini secara khususnya lebih banyak membicarakan tentang ulasan buku2 Islami, dunia Islam, dunia pengembaraan, dunia motosikal dan isu semasa sesuaian dengan kecenderungan penulis.

The blog was created so apparently is the place to share my knowledge with friends around the world. But this blog is more specifically talking about a book review of Islam, the Islamic world, world travel, the world of motorcycles and the compliance issues with the tendency of the author.

Isnin, 4 April 2011

CATATAN JINGGA 001: Jalan2 hujung minggu di Rembau

Semalam hari Ahad. Hari Ahad maknanya cuti hujung minggu di Malaysia. Bahang kepanasan sang mentari petang semalam membuatkan saya mengambil keputusan membawa famili pergi berjalan2 untuk menjelajah Negeri Sembilan negeri adat perpatih.  Kali ini ke daerah Rembau. Disamping untuk menyegarkan minda serta meluaskan pandangan.

Bermula dari Senawang, kami menaiki kereta myvi berwarna hijau melalui jalan lama Seremban-Tampin. Jarak Senawang ke Tampin melalui jalan lama adalah 44km. Dicatatkan beberapa lokasi yang menarik sepanjang perjalanan itu.

1. Warung Cendol Leman Dawi. kami sudah banyak kali datang sini. warung ini memang terkenal dan pernah masuk Majalah 3. Menariknya cendol boleh ditambah secara percuma sebanyak mana sekalipun. Memang ramai orang singgah sini. Kain rentang cendol ini mengalu2kan kedatangan pengunjung. Warung ini memang besar dan jika nasib baik boleh jumpa Tuan Leman dan dia dgn spontan akan berceloteh dgn suara kuat tentang pelbagai isu terutamanya sejarah. Macam Raja Lawak bila saya tengok tuan Leman ini.



2. Wet World Air Panas Pedas. Lokasi tempat ini kira2 10km dari warung cendol Leman Dawi tadi. Oleh kerana hari petang jadi tak sesuai kami nak masuk mandi kat situ. Kalau datang awal pagi ok sebab situ tempat mandi air panas. Hujung minggu mmg ramai datang tempat ni. Bayaran masuk dewasa RM10 dan kanak2 RM8 sahaja.






3. Hutan Lipur Gunung Datuk. Kami meneruskan perjalanan dan singgah ke Hutan Lipur Gunung Datuk ini. Jaraknya kira2 40 minit dari senawang. Lebih kurang 7 km masuk dari jalan utama. Gunung Datuk terkenal untuk kegiatan memanjat gunung bagi yang berminat. Disitu ada jeram tempat orang mandi manda dan tempat camping. Saya tengok tempat mandi situ agak kureng sikit sebab air cetek dan banyak batu bata yang tak mesra bawa kanak2. Terdapat orang buat BBQ dan budak sekolah bercamping.


4. Makam Raja Melewar. Makam ini terletak di kampung ternama Astana Kota, Rembau. Kira2 20 mimit dari Hutan Lipur Gunung Datuk tadi. Masalah kekurangan signboard sepatutnya tidak berlaku. Hanya ada satu sahaja di jalan besar. Menurut sejarahnya,
Raja Melewar atau nama asal baginda Raja Mahmud. Baginda merupakan Raja Pertama yang memerintah N.Sembilan dan telah di tabalkan di Penajis, Rembau pada tahun 1773 dengan memakai nama Raja Melewar sebelum berangkat ke Seri Menanti. Sebelum berjaya memerintah baginda terlebih dahulu terpaksa berperang dan mengalahkan Raja Khatib ( seorang Putera Raja yang diutuskan untuk membuat persediaan keberangkatan Raja Melewar) yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja. Setelah berjaya, Raja Melewar kekallah memerintah di Negeri Sembilan. Baginda gering dan mangkat pada tahun 1795 di Istana Raja semasa melawat Luak Rembau dan di makamkan di Bukit Serajin bersebelahan dengan makam permaisuri baginda.
Di seberang sungai tak jauh dari situ telah didirikan replika istana Raja Melewar dan dijadikan umpama Muzium. Sebagai Raja Pertama Negeri Sembilan sememangnya jasa dan sumbangan beliau perlu dipamerkan utk generasi kini. Replika ini dibina pada tahun 2004. Boleh masuk ke dalam istana itu dan ianya percuma.

                                          inilah replika istana dan dijadikan sebagai muzium

5. Sekolah Pondok Moden. Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) ini terletak di Kota tak jauh dari Rembau. Ia merupakan sekolah pondok antara paling moden di Malaysia. Memandangkan sekolah ini adalah swasta dan berprestij tinggi, saya lihat mak bapa yang hantar anak2 di sini menaiki kereta mewah2. Saya masuk di kawasan sekolah ini, kawasan tidak terlalu besar tetapi konsep rekabentuk sekolah ini mmg hebat. Ada masjid ditengah2 sebagai pusat ilmu. Saya sempat solat asar di masjid ini dimana murid2 sedang membaca Al- Mathurat secara beramai2. Teringat saya dgn novel "Negeri 3 Menara", tetapi itu sekolah pondok di Indonesia namun Malaysia tidak kurang hebatnya seperti STIAS ini . boleh baca tentang STIAS lebih lanjut di link ini
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


6. Warung Cendol Madu Rembau. Akhirnya semasa berangkat pulang saya ternampak warung ini di tepi sungai Rembau. Pekena cendol lagi. Orang ramai, meja penuh kena tunggu Q. Cendol pun ok sambil melihat permandangan sungai yang bersih dan angin petang sepoi sepoi bahasa. 


sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan