Salam buat semua khalifah-khalifah yang memakmurkan bumi ini

Adapun blog ini diwujudkan sedemikian rupanya adalah sebagai wadah untuk saya berkongsi ilmu bersama rakan taulan serata dunia. Namun blog ini secara khususnya lebih banyak membicarakan tentang ulasan buku2 Islami, dunia Islam, dunia pengembaraan, dunia motosikal dan isu semasa sesuaian dengan kecenderungan penulis.

The blog was created so apparently is the place to share my knowledge with friends around the world. But this blog is more specifically talking about a book review of Islam, the Islamic world, world travel, the world of motorcycles and the compliance issues with the tendency of the author.

Rabu, 6 April 2011

Mengapa saya sertai NGO Bantuan Kemanusian YAYASAN AMAL MALAYSIA?


Tanggal 24 Mac 2010 merupakan hari yang menceriakan hidupku. Tarikh keramat itu lahirlah seorang lagi hero dalam rumahtanggaku. Jika kelahiran anak sulung 5 tahun dahulu yang diberi nama Muhammad Danial Ramadhan, aku berada di Hentian Pudu Raya  menunggu bas Express ke Muar. Ketika itu aku bertugas di Pulau Mutiara manakala isteriku tinggal dan bertugas di Bandar Maharani. Jadi Hospital Muar menjadi tempat kelahiran anak pertamaku. Jauh. Umpama kota Mekah ke kota Madinah.

Namun kelahiran anak kedua ini aku berada disamping isteriku. Akulah yang membantu isteri menghadapi saat-saat kelahiran di wad bersalin. Aku sudah biasa keadaan sedemikian. Tiada yang pelik.  Penantianku berakhir dengan lahirnya seorang putera bernama Muhammad Fawwaz Sufi. 

Sejak kehadiran Fawwaz, jiwa dan pemikiranku kian terarah. Arah yang dicari2 setiap insan bergelar Muslim. Adakalanya jiwaku berbisik2. Aku dikurniakan  ilmu, aku dikurniakan  kemahiran, mengapa amat sedikit aku beramal dengan ilmu ini? Bukankah amalanku ini akan dibawa ke Hari Kemudian. Hari dimana semua manusia dikumpulkan dan dihitung satu persatu amalan baik dan buruknya.

Di media massa aku sering mendengar dan membaca tentang bencana alam, tentang banjir besar, tentang gempa bumi, tentang Tsunami dan bermacam2 bencana lagi. Juga ada terselit kisah insan-insan berhati emas yang gigih memberikan khidmat bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana. Manusia-manusia berhati emas ini amat hebat dan gigih tak kira siang malam walau dimana pelusok dunia sekalipun. Malah  lebih hebat daripada Tiz Zaqyah dalam drama Nur Kasih. 

Juga aku merasai liku-liku pengalaman Ustaz Riduan Mohamad Nor  yang menyertai misi kemanusiaan di pelbagai belahan dunia dalam bukunya Cinta Dilangit Gaza. Seorang insan luarbiasa yang mula ku kenali sejak belajar di Universiti Malaya dahulu. Kesedihan ku bertambah pilu bilamana aku membaca buku Tears of Heaven From Beirut to Jerusalem hasil nurkilan wanita bernama Dr Ang Swee Chai. Kisah pengalaman menyayat hati  Dr Ang yang beragama Kristian untuk merawat mangsa kerakusan Israel semasa operasi pembunuhan beramai2 di kem Sabra-Shatilla 1982.

Maka aku sebagai orang Islam perlu membantu. Kini sudah tiba masanya. Ya sudah tiba masanya. Tangan diatas lebih baik dari tangan di bawah. Jika Dr Ang yang beragama Kristian boleh lakukan mengapa tidak aku, mengapa tidak kita. Sudah banyak muncul pertubuhan-pertubuhan NGO di Malaysia yang terlibat dengan misi-misi bantuan kemanusiaan. Antaranya Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia), MERCY Malaysia, Aman Palestin, Viva Palestin, Muslim Care, Global Peace, Islamic Relief, Yayasan Salam, Aman Patani (AMANI), dan Malaysian Relief Agency (MRA). Semua NGO ini adalah sukarelawan dan tidak mengharap ganjaran wang.

Namun aku memilih menyertai Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia). Jika kalian bertanya aku mengapa? Pastinya kalian akan mendengar jawapanku sebegini. Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. 2 dalam 1. Amal kebajikan dan Dakwah.

Baru 2 minggu lepas aku telah dilantik menjadi Naib Pengerusi 3 Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Tidaklah aku mengharap dan mengejar apa-apa jawatan namun bilamana khidmat kita diperlukan maka kita perlu bersiapsiaga bila-bila masa. Aku juga mengajak kalian diluar sana menyertai kami. Bersama kami untuk membantu. Jika kalian tidak mampu dengan masa, jika tidak mampu dengan tenaga, sudi kira nya kalian membantu dengan memberi sumbangan kepada Yayasan ini. 
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Bank Islam 05012010047905
Untuk bacaan lebih lanjut berkenaan Amal Malaysia, sila baca Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM] oleh Ustaz Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM) ini.

http://najahudin.com/index.php?option=com_content&view=article&id=17:organisasi-bantuan-dan-khidmat-sukarela-pengalaman-amal-malaysia&catid=22:kertas-kerja&Itemid=10

dan sila layari blog kami:  http://yam-ns.blogspot.com/

Sekian.
Dr Aziz Rantissi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan