Salam buat semua khalifah-khalifah yang memakmurkan bumi ini

Adapun blog ini diwujudkan sedemikian rupanya adalah sebagai wadah untuk saya berkongsi ilmu bersama rakan taulan serata dunia. Namun blog ini secara khususnya lebih banyak membicarakan tentang ulasan buku2 Islami, dunia Islam, dunia pengembaraan, dunia motosikal dan isu semasa sesuaian dengan kecenderungan penulis.

The blog was created so apparently is the place to share my knowledge with friends around the world. But this blog is more specifically talking about a book review of Islam, the Islamic world, world travel, the world of motorcycles and the compliance issues with the tendency of the author.

Jumaat, 29 April 2011

Berpetualang ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Semalam seharian saya berpetualang ke Pesta Buku di PWTC. Pengunjung ramai juga tetapi tidaklah terlalu sesak. Oleh kerana pergi dengan wakil library, maka buku-buku yang best dan mahal2, saya suruh library beli. save budget.

Pelbagai booth jualan buku dan ada pelbagai ragam penjual buku untuk menarik perhatian pembeli. Agak meriah. Namun agak dikesali kerana masih ada unsur2 "tidak ilmiah" dalam pesta buku ini. Semalam ada nyanyian penyanyi rock di atas pentas. Entah apa nama penyanyi tu tapi lagunya agak popular. Sepatutnya buatlah acara yg lebih berfaedah sikit. Satu hal lagi, harga buku tak semua yang murah. Hati2 dengan taktik penjual. sebab saya tgk ada buku yang berharga RM25 di luar, tetapi disini diletak harga RM60, selepas diskaun 40% harga jadi RM36, maksudnya masih mahal dari harga sebenar RM25. Jadi usah terpesona dgn potongan diskaun 40%.

Saya sempat beli sebuah novel dan 2 buah majalah. Novel Ranah 3 Warna ini mmg baru dilancarkan. Tahniah juga kepada Utz Riduan Mohd Nor yang menghasilkan 2 majalah yang menarik ini. Memang majalah ini amat laris. Harganya pun murah RM5 sebuah dengan 104 muka surat. 

Rabu, 27 April 2011

Fitnah tiada kesudahan...

Tema fitnah manusia seringkali menjadi pilihan buku2 dan filem2. Malah di dalam Al Quran pun dinyatakan kisah Nabi Yusuf yang dipenjara kerana difitnah. Kisah Melayu dulu kala seperti Mahsuri, Hang Tuah dan banyak lagi juga bertemakan fitnah. Namun realitinya, masyarakat Melayu masih lagi termakan fitnah. Sudah tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang fitnah. Inilah akibatnya bilamana asas rujukan diambil selain Al Quran dan Hadis. Rujuklah Ahli Agama dan Ulamak jika tidak tahu. Ulamak pewaris Nabi. Ulamak sinar kebenaran.

Buku Ayat-Ayat Cinta  ini ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy pada tahun 2003. Benarkah beliau mendapat idea menulis novel yang hebat ini terutama bab fitnah daripada suasana Malaysia ketika itu? cuba kita hayati ayat2 yang digunakan oleh penulis seperti di bawah ini.

 "Tindakan bodoh! Di mahkamah kau akan kalah! kau akan dihukum gantung! Lebih dari itu kau akan masuk surat khabar! kau akan diherdik oleh orang ramai sebagai seorang perogol! kenapa kau tidak memilih mengakuinya.." m/s 371

"Jika mahkamah ini akhirnya memenangkan seorang penfitnah maka kelak di hari kemudian seorang pemfitnah akan dibinasakan oleh keadilan Tuhan" m/s 468

" Tuan Hakim dan hadirin sekalian. Selamanya kebenaran akan menang. Jika tidak di mahkamah dunia maka kelak di mahkamah akhirat. Selamanya rekaan manusia tiada ertinya apa-apa dibandingkan kekuasaan Tuhan."m/s 471

" Dalam mahkamah Mesir seringkali terjadi hal hal yang tidak masuk akal. Adanya saksi seorang lelaki yang hobinya berburu burung hantu adalah suatu yang ganjil. Dan sejak bila di atas atap apartmen di Hadayek Helwan itu ada burung hantu?" m/s 424

Khamis, 21 April 2011

Jom Pergi Pesta Buku..


Kepada sahabat2 sekalian, mulai 22 April hingga 1 Mei 2011 akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Buku 2011 di PWTC. Jom kita semua ke sana. Saya telah senaraikan beberapa buah buku yang saya mahu cari disana. Ini kerana buku2 tersebut samada terlalu baru di pasaran ataupun sukar didapati di pasaran. Inilah tempatnya kita mencari buku2 yang kita minati.
Disamping itu juga saya mahu bertemu dengan beberapa orang penulis yang saya kagumi dan juga penerbit2 buku. 

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. JOM KE SANA...


Antara buku2 yang saya mahu dapatkan disana ialah:


Isnin, 11 April 2011

Ulasan Buku: Yakjuj & Makjuj


Sinopsis:
Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna. 
Buku tulisan Muhammad Alexander ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.
Ulasan:
Agak mengecewakan setelah saya menghabiskan buku yang sering disebut2  kehebatannya ini. Tambahan pula buku ini gah jualannya di pasaran Indonesia dan Malaysia.  Ini mungkin saya telah membaca buku Alexander Adalah Zulkarnain (AAZ) tulisan penulis yang sama terlebih dahulu. Ada sedikit bias sebab buku Yakjuj & Makjuj ini diterbitkan terlebih dahulu dari AAZ.
Buku ini kurang menarik sebab terlalu banyak sejarah dari kitab2 kuno dan ada juga dari Al Quran. Isinya agak membosankan dan ayat berulang-ulang. Berbanding dgn buku AAZ yang lebih menarik fakta isinya yang dikaitkan dgn peta geografi hari ini serta ilustrasi yang menarik. Bagi saya kalau sudah membaca buku AAZ pun sudah cukup lengkap kerana kisah Yakjuj dan Makjuj pun telah diterangkan dgn mendalam tanpa perlu membaca buku ini.
Namun saya tidak rugi  kerana saya telah baca buku yang ramai orang sebut2.
Rating: 3/5

Rabu, 6 April 2011

Mengapa saya sertai NGO Bantuan Kemanusian YAYASAN AMAL MALAYSIA?


Tanggal 24 Mac 2010 merupakan hari yang menceriakan hidupku. Tarikh keramat itu lahirlah seorang lagi hero dalam rumahtanggaku. Jika kelahiran anak sulung 5 tahun dahulu yang diberi nama Muhammad Danial Ramadhan, aku berada di Hentian Pudu Raya  menunggu bas Express ke Muar. Ketika itu aku bertugas di Pulau Mutiara manakala isteriku tinggal dan bertugas di Bandar Maharani. Jadi Hospital Muar menjadi tempat kelahiran anak pertamaku. Jauh. Umpama kota Mekah ke kota Madinah.

Namun kelahiran anak kedua ini aku berada disamping isteriku. Akulah yang membantu isteri menghadapi saat-saat kelahiran di wad bersalin. Aku sudah biasa keadaan sedemikian. Tiada yang pelik.  Penantianku berakhir dengan lahirnya seorang putera bernama Muhammad Fawwaz Sufi. 

Sejak kehadiran Fawwaz, jiwa dan pemikiranku kian terarah. Arah yang dicari2 setiap insan bergelar Muslim. Adakalanya jiwaku berbisik2. Aku dikurniakan  ilmu, aku dikurniakan  kemahiran, mengapa amat sedikit aku beramal dengan ilmu ini? Bukankah amalanku ini akan dibawa ke Hari Kemudian. Hari dimana semua manusia dikumpulkan dan dihitung satu persatu amalan baik dan buruknya.

Di media massa aku sering mendengar dan membaca tentang bencana alam, tentang banjir besar, tentang gempa bumi, tentang Tsunami dan bermacam2 bencana lagi. Juga ada terselit kisah insan-insan berhati emas yang gigih memberikan khidmat bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana. Manusia-manusia berhati emas ini amat hebat dan gigih tak kira siang malam walau dimana pelusok dunia sekalipun. Malah  lebih hebat daripada Tiz Zaqyah dalam drama Nur Kasih. 

Juga aku merasai liku-liku pengalaman Ustaz Riduan Mohamad Nor  yang menyertai misi kemanusiaan di pelbagai belahan dunia dalam bukunya Cinta Dilangit Gaza. Seorang insan luarbiasa yang mula ku kenali sejak belajar di Universiti Malaya dahulu. Kesedihan ku bertambah pilu bilamana aku membaca buku Tears of Heaven From Beirut to Jerusalem hasil nurkilan wanita bernama Dr Ang Swee Chai. Kisah pengalaman menyayat hati  Dr Ang yang beragama Kristian untuk merawat mangsa kerakusan Israel semasa operasi pembunuhan beramai2 di kem Sabra-Shatilla 1982.

Maka aku sebagai orang Islam perlu membantu. Kini sudah tiba masanya. Ya sudah tiba masanya. Tangan diatas lebih baik dari tangan di bawah. Jika Dr Ang yang beragama Kristian boleh lakukan mengapa tidak aku, mengapa tidak kita. Sudah banyak muncul pertubuhan-pertubuhan NGO di Malaysia yang terlibat dengan misi-misi bantuan kemanusiaan. Antaranya Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia), MERCY Malaysia, Aman Palestin, Viva Palestin, Muslim Care, Global Peace, Islamic Relief, Yayasan Salam, Aman Patani (AMANI), dan Malaysian Relief Agency (MRA). Semua NGO ini adalah sukarelawan dan tidak mengharap ganjaran wang.

Namun aku memilih menyertai Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia). Jika kalian bertanya aku mengapa? Pastinya kalian akan mendengar jawapanku sebegini. Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. 2 dalam 1. Amal kebajikan dan Dakwah.

Baru 2 minggu lepas aku telah dilantik menjadi Naib Pengerusi 3 Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Tidaklah aku mengharap dan mengejar apa-apa jawatan namun bilamana khidmat kita diperlukan maka kita perlu bersiapsiaga bila-bila masa. Aku juga mengajak kalian diluar sana menyertai kami. Bersama kami untuk membantu. Jika kalian tidak mampu dengan masa, jika tidak mampu dengan tenaga, sudi kira nya kalian membantu dengan memberi sumbangan kepada Yayasan ini. 
Nama Akaun : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Bank Islam 05012010047905
Untuk bacaan lebih lanjut berkenaan Amal Malaysia, sila baca Kertas Kerja yang dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM] oleh Ustaz Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM) ini.

http://najahudin.com/index.php?option=com_content&view=article&id=17:organisasi-bantuan-dan-khidmat-sukarela-pengalaman-amal-malaysia&catid=22:kertas-kerja&Itemid=10

dan sila layari blog kami:  http://yam-ns.blogspot.com/

Sekian.
Dr Aziz Rantissi

Selasa, 5 April 2011

Buku yang dibaca bulan MAC 2011






Sebanyak 10 buah buku yang berjaya saya baca utk bulan MAC 2011. Berikut adalah rating yang saya boleh berikan bagi setiap buku tersebut:

1. Interlok: 4/5
2. Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun: 4.5/5
3. Denyut Kasih Medik: 4/5
4. Negeri 5 Menara: 5/5
5. Al-Arqam Disebalik Tabir: 4/5
6. Andai Gerimis Terhenti: 3.75/5
7. Sejarah Kerajaan Melayu Patani: 4/5
8. Ahmadinejad Singa Baru Dunia Islam: 4.5/5
9. Alexander Adalah Zulqarnain: 4.75/5
10. Lansykar Pelangi: 4/5

Buku terbaik yang menjadi pilihan saya pada bulan Mac adalah Buku Negeri 5 Menara (5 star).

Isnin, 4 April 2011

CATATAN JINGGA 001: Jalan2 hujung minggu di Rembau

Semalam hari Ahad. Hari Ahad maknanya cuti hujung minggu di Malaysia. Bahang kepanasan sang mentari petang semalam membuatkan saya mengambil keputusan membawa famili pergi berjalan2 untuk menjelajah Negeri Sembilan negeri adat perpatih.  Kali ini ke daerah Rembau. Disamping untuk menyegarkan minda serta meluaskan pandangan.

Bermula dari Senawang, kami menaiki kereta myvi berwarna hijau melalui jalan lama Seremban-Tampin. Jarak Senawang ke Tampin melalui jalan lama adalah 44km. Dicatatkan beberapa lokasi yang menarik sepanjang perjalanan itu.

1. Warung Cendol Leman Dawi. kami sudah banyak kali datang sini. warung ini memang terkenal dan pernah masuk Majalah 3. Menariknya cendol boleh ditambah secara percuma sebanyak mana sekalipun. Memang ramai orang singgah sini. Kain rentang cendol ini mengalu2kan kedatangan pengunjung. Warung ini memang besar dan jika nasib baik boleh jumpa Tuan Leman dan dia dgn spontan akan berceloteh dgn suara kuat tentang pelbagai isu terutamanya sejarah. Macam Raja Lawak bila saya tengok tuan Leman ini.



2. Wet World Air Panas Pedas. Lokasi tempat ini kira2 10km dari warung cendol Leman Dawi tadi. Oleh kerana hari petang jadi tak sesuai kami nak masuk mandi kat situ. Kalau datang awal pagi ok sebab situ tempat mandi air panas. Hujung minggu mmg ramai datang tempat ni. Bayaran masuk dewasa RM10 dan kanak2 RM8 sahaja.






3. Hutan Lipur Gunung Datuk. Kami meneruskan perjalanan dan singgah ke Hutan Lipur Gunung Datuk ini. Jaraknya kira2 40 minit dari senawang. Lebih kurang 7 km masuk dari jalan utama. Gunung Datuk terkenal untuk kegiatan memanjat gunung bagi yang berminat. Disitu ada jeram tempat orang mandi manda dan tempat camping. Saya tengok tempat mandi situ agak kureng sikit sebab air cetek dan banyak batu bata yang tak mesra bawa kanak2. Terdapat orang buat BBQ dan budak sekolah bercamping.


4. Makam Raja Melewar. Makam ini terletak di kampung ternama Astana Kota, Rembau. Kira2 20 mimit dari Hutan Lipur Gunung Datuk tadi. Masalah kekurangan signboard sepatutnya tidak berlaku. Hanya ada satu sahaja di jalan besar. Menurut sejarahnya,
Raja Melewar atau nama asal baginda Raja Mahmud. Baginda merupakan Raja Pertama yang memerintah N.Sembilan dan telah di tabalkan di Penajis, Rembau pada tahun 1773 dengan memakai nama Raja Melewar sebelum berangkat ke Seri Menanti. Sebelum berjaya memerintah baginda terlebih dahulu terpaksa berperang dan mengalahkan Raja Khatib ( seorang Putera Raja yang diutuskan untuk membuat persediaan keberangkatan Raja Melewar) yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai Raja. Setelah berjaya, Raja Melewar kekallah memerintah di Negeri Sembilan. Baginda gering dan mangkat pada tahun 1795 di Istana Raja semasa melawat Luak Rembau dan di makamkan di Bukit Serajin bersebelahan dengan makam permaisuri baginda.
Di seberang sungai tak jauh dari situ telah didirikan replika istana Raja Melewar dan dijadikan umpama Muzium. Sebagai Raja Pertama Negeri Sembilan sememangnya jasa dan sumbangan beliau perlu dipamerkan utk generasi kini. Replika ini dibina pada tahun 2004. Boleh masuk ke dalam istana itu dan ianya percuma.

                                          inilah replika istana dan dijadikan sebagai muzium

5. Sekolah Pondok Moden. Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) ini terletak di Kota tak jauh dari Rembau. Ia merupakan sekolah pondok antara paling moden di Malaysia. Memandangkan sekolah ini adalah swasta dan berprestij tinggi, saya lihat mak bapa yang hantar anak2 di sini menaiki kereta mewah2. Saya masuk di kawasan sekolah ini, kawasan tidak terlalu besar tetapi konsep rekabentuk sekolah ini mmg hebat. Ada masjid ditengah2 sebagai pusat ilmu. Saya sempat solat asar di masjid ini dimana murid2 sedang membaca Al- Mathurat secara beramai2. Teringat saya dgn novel "Negeri 3 Menara", tetapi itu sekolah pondok di Indonesia namun Malaysia tidak kurang hebatnya seperti STIAS ini . boleh baca tentang STIAS lebih lanjut di link ini
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm


6. Warung Cendol Madu Rembau. Akhirnya semasa berangkat pulang saya ternampak warung ini di tepi sungai Rembau. Pekena cendol lagi. Orang ramai, meja penuh kena tunggu Q. Cendol pun ok sambil melihat permandangan sungai yang bersih dan angin petang sepoi sepoi bahasa. 


sekian.

Jumaat, 1 April 2011

002 Ulasan Buku: Denyut Kasih Medik

Nama Buku: Denyut Kasih Medik
Penulis: Dr Farhan Hadi
Terbitan: Telaga Biru
Bil m/surat: 390
Rating: 4 / 5

Sinopsis: 
DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita.  ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.
Kelebihan:
1. Rasanya tiada lagi buku seumpama ini yang menceritakan tentang kehidupan seorang houseman (HO) yang sentiasa sibuk. Memang sesuai dibaca terutama orang ramai yang belum mengetahui kehidupan manusia  kerdil bergelar Housemen 
2. Terdapat info tentang fiqh perubatan semasa. Maka pembaca bukan sekadar membaca novel tetapi juga mendapat ilmu2 fiqh semasa yang diulas dengan baik sekali.
Kelemahan: 
1. Saya berpendapat penulis agak kurang menggambarkan kehidupan sebenar semasa HO. Seolah2 watak Dr Muslih sentiasa happy dan ceria walaupun ada sedikit konflik sepanjang kehidupannya sebagai HO.

2. Dr Muslih sentiasa kamcing dgn Medikal Officer (MO). Really? Tanyalah semua HO sekarang ini, selalunya MO lah selalu membuli dan membantai HO. ada HO yang terlalu stress bila on call dengan MO yang brutal2.  Setiap kata MO adalah hukum! konflik sebegini yang kerap berlaku di hospital2 tidak diketengahkan.

3. Cinta Dr Muslih dengan tunangnya Qani'ah agak straight forward. Tiada konflik2 berlaku yang menarik minat pembaca. Novel ini lebih warna warni jika  ada konflik contohnya Dr Muslih tertarik dengan rakan Housemennya yang cantik2.

4. Kesahihan tentang fakta. ubat mencair darah Clexane sama kesannya dgn Heparin. Setahu saya Clexane jauh lebih baik dari Heparin berdasarkan reseach yang telah dilakukan.

Kesimpulan:
Novel ini bagus dibaca oleh semua untuk mengetahui kehidupan seorang HO yang sering kali misteri dan bekerja dalam jangkamasa yang terlalu lama di hospital sehingga adakalanya tidak mengenal cahaya matahari. Pergi kerja awal subuh pulang tengah malam.


                                       Hospital Selayang- tempat Dr Muslih bertugas sebagai HO