Buku Kuasa KePEMIMPINANan Al Fateh 1453
Harga : RM19.00 (240 muka surat)
Terbitan : PTS Milena Sdn. Bhd.
Pengarang : Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman
"Ramai sudah mengetahui mengenai kehebatan persiapan dan rahsia kejayaan penawanan Kota Konstantinopel oleh seorang anak muda 22 tahun yang tidak hidup di zaman Nabi atau Sahabat atau Tabi’en, tidak berketurunan Nabi dan bukan bangsa Arab.
Namun sudahkah anda mengetahui babak-babak penting sepanjang 30 tahun seterusnya pemerintahan sebaik-baik raja yang disebutkan oleh Nabi ini, termasuk kekalahan parahnya baginda di Belgrade 3 tahun selepas penawanan Konstantinopel, wujudkah hubungan Othmaniyah dan Tanah Melayu pada era al-Fateh, dan bagaimana cara berfikir baginda ketika meluaskan Daulah Othmaniyah dari 600 kilometer persegi pada 2,214,000 kilometer persegi sepanjang 30 tahun tersebut ? Sekali lagi ini buku ini mengambil pendekatan perkahwinan antara sejarah dan motivasi kepimpinan
Mengagumkan apabila seorang rakyat berkata apabila diancam oleh sebuah kuasa besar. “Kami tidak takut kerana kami meminta perlindungan daripada Sultan Murad. Tentera Islam pasti menjaga keselamatan kami.”
Kelakar pula rasanya apabila pemimpin Konstantinople itu menghantar senyap-senyap 1000 tentera pada waktu malam dengan hanya berbekalkan penukul besi sahaja untuk membuat kerja-kerja sabotaj di atas pembinaan Rumeli Hisarri, sebuah tembok yang menggetarkan baginda kerana tebing itulah nanti yang akan menyekat kapal-kapal berlabuh di pelabuhan Konstantinople. Kenapa perlu ragu-ragu mengisytiharkan sahaja peperangan seperti yang biasa dibuat oleh pemimpin kuasa besar masa kini?
Konstantinople bukanlah calang-calang kekuatannya. Ia adalah kubu yang paling strategik di dunia. Jikalau tidak mana mungkin maharajanya boleh berkata. “Jikalau seluruh dunia ini adalah negara, maka Konstantinople sahaja yang layak menjadi ibu negaranya”. Tetapi semua itu tidak sedikit pun menambah gerun di kalangan pemimpin Empayar Uthmaniyyah. “Beritahu maharaja kamu, kami bersedia berperang pada bila-bila masa sahaja.”
Keutuhan Kota Constantinople
Pandangan saya buku sejarah tamadun Islam ini adalah terbaik yang pernah saya baca. Buku ini bukan sekadar menceritakan sejarah penawanan kota Constantinople tetapi juga diperincikan elemen pengajaran dari sejarah itu dan juga motivasi.
Rugi bagi sesiapa yang tidak membacanya. Selamat membaca!
Pandangan saya buku sejarah tamadun Islam ini adalah terbaik yang pernah saya baca. Buku ini bukan sekadar menceritakan sejarah penawanan kota Constantinople tetapi juga diperincikan elemen pengajaran dari sejarah itu dan juga motivasi.
Rugi bagi sesiapa yang tidak membacanya. Selamat membaca!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan