Salam buat semua khalifah-khalifah yang memakmurkan bumi ini

Adapun blog ini diwujudkan sedemikian rupanya adalah sebagai wadah untuk saya berkongsi ilmu bersama rakan taulan serata dunia. Namun blog ini secara khususnya lebih banyak membicarakan tentang ulasan buku2 Islami, dunia Islam, dunia pengembaraan, dunia motosikal dan isu semasa sesuaian dengan kecenderungan penulis.

The blog was created so apparently is the place to share my knowledge with friends around the world. But this blog is more specifically talking about a book review of Islam, the Islamic world, world travel, the world of motorcycles and the compliance issues with the tendency of the author.

Khamis, 5 April 2012

Cikgu Arif yang saya baru kenali

"Tuan, saya ni datang dari Kajang. Saya dan isteri cacat penglihatan. Anak saya yang 7 tahun ni yang kami bawa untuk tunjuk jalan. Kami naik LRT dari Kajang tadi. LRT pula buat hal itu yang lambat sampai" ujar seorang lelaki berbaju kemeja merah dan berkopiah putih yang tiba agak lewat.

"Begini tuan, saya datang ke majlis ini untuk bertanyakan kepada panel jemputan majlis ni tentang masalah anak saya. Saya ada 5 orang anak, tetapi semua normal kecuali seorang anak perempuan yang di tingkatan 4 yang cacat anggota. Dia dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki. Masalahnya tuan, anak saya ni sejak akhir-akhir ini suka memberontak dan marah-marah. Macam-macam ikhtiar saya sudah buat tetapi dia masih tak berubah. Anak saya tidak terima hakikat dia cacat tanpa kedua-dua belah kaki. Hinggakan anak saya pernah berkata kenapa Allah jadikan dia begitu tak sama dengan adik beradik yang lain."

Itu antara bualan saya dengan Cikgu Arif, salah seorang peserta majlis Tautan Mahabbah anjuranPersatuan Kebajikan Sahabat Insani di Majlis Negeri Shah Alam semalam (25 Mac 2012). Cikgu Arif merupakan seorang guru pendidikan khas rendah di Kajang. Beliau kini tinggal di kuarters guru di Kajang bersama isteri dan anak2nya. Menurut Cikgu Arif lagi, anaknya yang OKU itu kini bersekolah menengah biasa dengan berkerusi roda. Masalah timbul kerana kawan-kawannya sering kali memandang rendah dan ada yang mengejek-ejek. Itulah sebabnya Cikgu Arif berusaha bersungguh-sungguh mahu menempatkan anaknya di sekolah khas golongan OKU.

Tidak semua manusia dilahirkan sempurna. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan cukup sifat fizikal. Namun, cuba kita bayangkan kesukaran yang dihadapi oleh insan-insan seperti Cikgu Arif ini. Suami isteri cacat penglihatan membesarkan 5 orang anaknya dimana salah seorang anaknya cacat fizikal. Betapa kentalnya jiwa Cikgu Arif ini, dia insan luar biasa!

Justeru kelahiran sebuah NGO baru yang memberi pendidikan agama kepada golongan istimewa ini amat signifikan pada masa ini. Sahabat Insani merupakan sebuah NGO yang baru ditubuhkan untuk membantu pendidikan golongan Muslim OKU. Sahabat Insani kini dalam perancangan membangunkanPusat Pendidikan Sahabat Insani di tanah keluasan 1 ekar di Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan yang mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat berbentuk U. Blok bangunan tersebut mempunyai 1 dewan besar, 2 dewan kuliah,  35 bilik kuliah,  1 pejabat, 1 surau, 1 perpustakaan, 1 bilik rawatan, 5 bilik kemahiran, , 1 bilik percetakan, 20 unit penginapan, 1 kafetaria, tandas dan stor. Anggaran kos pembinaan bangunan keseluruhan adalah RM 6 juta.

Bagi para dermawan yang ingin membantu persatuan ini, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank CIMB Islamik Bank Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi akaun Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia 12300000573108 dan  Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Sahabat Insani12300000574100. Persatuan sedang menunggu kelulusan LHDN untuk pelepasan cukai ke atas sumbangan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan